Kelas E-learning – Christmas Fireplace Coloring

18 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Disember 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Kelas e-learning kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan motivasi serta mengetengahkan kreativiti dan kemahiran memori dalam kalangan peserta.

Kelas ini dimulai dengan pengenalan asas kepada permainan berbentuk pendidikan iaitu ABCya.com yang bersesuaian dengan peringkat umur peserta. Peserta telah memilih permainan bertajuk Christmas Fireplace Coloring iaitu permainan jenis matematik yang mengkehendaki peserta mewarna mengikut nombor untuk merangsang memori, perhatian, imaginasi dan kebolehan logika mereka. Peserta diminta untuk mewarna halaman tersebut sehingga selesai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali